FahdiGhazali.com

Bagaimana Royal Albert Hall, London Kutip £325,000,000 Juta Pound Sterling Jual Barang Tak Wujud?

2 hari lepas saya berpeluang pusing-pusing satu kota London. Back pack, suka hati nak ke mana. Tak ada pemandu pelancong. Yang ada saya, adik, mak & Google maps.

Dulu biasa tengok dalam movie dan baca dalam buku. Sekarang betul-betul ada depan mata. London!

Satu tempat yang dicatat dan wajib pergi adalah ke Royal Albert Hall. Tempat gah untuk para karyawan mempersembah hasil seni mereka. (Termasuk artis kegemaran mak saya, Siti Nurhaliza). Continue Reading ➞

Bagaimana Menulis Email Yang Menghasilkan Open Rate Yang Tinggi?

email-marketingSatu pagi, masuk sahaja pejabat, si Khairul cepat-cepat duduk di tempat duduk dan memicit butang ‘ON’ di komputer desktop nya. Niatnya sebelum jam 8.30 pagi, iaitu sebelum masa ‘official’ bekerja, dia mahu siapkan iklan online bisnes kecil-kecilannya di Facebook. Manalah tahu, boleh memancing RM200, RM300 ratus hari ini untuk bawa balik ke rumah. Bolehlah tambah side income disamping kerja tetap sekarang.

Si Khairul ini suka berniaga produk yang ‘high demand’ tetapi berisiko. Contoh produk yang dijual adalah produk lelaki (Faham-faham lah..), produk kecantikan wanita dan produk kesihatan. Berisiko dalam hal ini bermaksud ia terdedah kepada pelanggaran terma dan syarat Facebook.

Dengan muka girang, air nescafe tersedia disebelah sebagai booster minda dan sambil melihat jam tangan tepat 8.15, dia membuka halaman Facebook dan seterusnya ke bahagian Facebook Ads.

Tetapi apa yang dilihat sungguh menyedihkan!

‘Ya Allah! Kena Flagged lagi…. Aduh! Continue Reading ➞

Takut Ambil Pekerja? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

294HSatu hari, Ali si peniaga online berjumpa dengan sorang sahabat lamanya, Abu (juga peniaga online).

Kata Ali, “Pening lah… Banyak benda nak kena buat. Akulah yang kena buat iklan, aku lah yang kene order stok, aku lah yang jawab mesej pelanggan, akulah check order, akulah yang bungkus barang, aku yang kena pos, aku kena buat itu, buat ini. Kadang-kadang kenduri orang pun tak boleh pegi. Sebab buzy bisnes!”

“Aku buat bisnes ni sebab nak ada time freedom. Kalau macam ni, duit ada, masa tak ada, payah juga. Nak keluar dengan anak bini jauh la. Masa nak keluar tu lah order masuk bertalu-talu. Kalau tak jawab, customer lari!”.

“Bagus lah kalau macam tu… Maknanya bisnes tengah maju! Eh, belanjalah aku…. Heh!” Abu menyindir.

“Begini, kalau rasa tak sempat dah nak handle, bisnes makin naik, cari lah pekerja. Sampai bila nak buat sorang? Lagi pun, kalau cari pekerja, rezeki murah. Insya-Allah”. Sambung Abu memberi idea.

“Gila kau! Kalau ada staff, nanti kena bayar gaji, KWSP… silap-silap, kalau dia tahu apa kita buat, dia tiru kita pulak. Tak nak aku!”. Baca Selanjutnya

Page 1 of 14123Next »Last »